Masih ingat trak 'Optimus Prime' yang digunakan dalam filemblockbuster Transformers 4: Age of Extinction...?

Atas (Trak Transformer)
Bawah (Trak Sultan Johor)
Atas (Trak Transformer) Bawah (Trak Sultan Johor)

Persamaan antara dua trak ini amat menakjubkan...

Trak 'Mack' paling mahal di dunia ini telah diserahkan kepadaSultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam lawatan baginda ke Brisbane, Australia pada October 2015

TRAK JDT MILIK SULTAN JOHOR DI MATA DUNIA

Sebuah trak milik DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor yang menggunakan konsep warna merah, biru dan putih telah dipaparkan untuk tontonan awam di luar negara iaitu di Queensland, Australia pada Jun 2015.

Trak tersebut yang dibeli oleh baginda di Australia pada asalnya berwarna putih namun diwarnakan sama seperti JDT Cigarette Speed Boat yang memaparkan bayangan harimau selain warna rasmi negeri Johor iaitu merah, biru dan putih serta terdapat juga bulan dan bintang. Simbol DYMM Sultan Johor turut menjadi lambang kemegahan trak tersebut

Trak 'Mack' milik Sultan Johor dilancarkan di Brisbane, Australia.
Trak 'Mack' milik Sultan Johor dilancarkan di Brisbane, Australia.

Ditanya mengenai harga, Sultan Johor masih merahsiakannya tetapi trak ini telah memecahkan rekod harga paling mahal sebelum ini yang berjumlah $481,000 Dolar Australia (RM1,467,618) kerana ditempah khas.

Antara ciri-ciri trak tersebut adalah enam kamera CCT, dua skrin TV, ruang dapur, tempat barbeku, katil dua tingkat dan kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai hud emas harimau perhiasan yang dipasang dihadapan kenderaan tersebut.

Kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas & ruangan interior yang mewah
Kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas & ruangan interior yang mewah

Naib presiden syarikat trak 'Mack Australia', Dean Bestwick berkata, "Tambahan paling fancy yang selalunya ada dalam kebanyakan trak di Australia ialah microwave ovenatau peti sejuk kecil."

"Sebelum ini, kami tidak pernah mempertimbangkan ciri-ciri mewah yang dimasukkan ke dalam trak Sultan Johor. Saya pasti, ini merupakan trak yang paling mewah telah dibina di Australia, malah di planet ini."

Source : Sultan Johor Official Facebook

234

Comments

comments