Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Lebih Besar Kali Ini

kitecover22kk

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Lebih Besar Kali Ini

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang akan dilangsungkan pada 24 hingga 28 Februari 2016. Seramai 180 peserta tempatan serta 240 peserta dari 40 negara termasuklah negara China, Indonesia, Australia, Singapura, Jepun, Jerman dan Amerka Syarikat akan menyertai pesta ini.

Exco Pelancongan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong megatakan bahawa tema bagi tahun ini adalah "Terokai dan Warnai Tradisi", dan merupakan sebuah jemputan kepada para peserta.

Festival ke-21 ini akan dilangsungkan di Pasir Gudang, sekira 15km dari Bandar Johor Bahru. Atas sambutan yang besar pada tahun lalu, festival kali ini akan dilangsungkan di dua lokasi, iaitu Bukit Layang-Layang, Taman Bandar dan Padang Perbandaran Pasir Gudang.

Presiden MPPG Md Za’nal Misran megatakan bahawa aktiviti seperti bengkel membuat layang-layang tradisional, pertandigan membuat layang-layang dan pertandingan bermain pelita langit akan diadakan. Semua aktiviti ini akan diadakan pada waktu malam. 

Festival ini dijangka menarik 200,000 pengunjung dan majlis perasmian festival itu akan diadakan pada sebelah malam, 26 Februari 2016 di Bukit Layang-Layang dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung termasuk persembahan layang-layang, persembahan tatu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pertunjukan bunga api.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kitefestpasirgudang.com/ atau menelefon Majlis Perbandaran Pasir Gudang di +607 254 7777

parkpasirgudang.jpg21
parkpasirgudang

Source: The Malaysian Insider
Cover photo by Mark Pan

Comments

comments