Percutian anda selalu di sekitar Johor?
Adakah anda tahu? Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi seperti tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, taman tema & macam-macam lagi.
Oleh itu setelah puas cari duit, kepenatan itu haruslah dibayar dengan percutian. Disini kita kongsikan 10 tempat percutian menarik di Malaysia selain daripada Johor!
1. Sekeping Serendah, Selangor
Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini.
Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!
Web: sekeping.com/serendah/
Facebook:facebook.com/
2. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja.
Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.
Web: theshorea.com
Facebook: facebook.com/TheShorea
3. Limastiga, Umbai, Melaka
Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja.
Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!
Web: limastiga.blogspot.com
Facebook: facebook.com/Limastiga
4. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun kami merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama “MAYA” di Facebook mereka.
Web: thedusun.com.my
Facebook: facebook.com/thedusun
5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang
Untuk yang suka bercuti lebih ‘adventure’ lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.
Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.
Web: tanah-aina.com
Facebook: facebook.com/tanahaina
6. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda.
Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.
Web: desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis
7. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor
Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.
Web: tprr.net
Facebook: facebook.com/tprr1
8. MasBro Village, Paya Rumput, Melaka
Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih.
Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!
9. Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor
Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah ianya menjadi viral apabila seorang pengunjung bernama Yusry Aizat Baharudin berkongsi di Facebook gambar-gambar semasa mereka bercuti di sana.
Bagaimanapun tempat ini masih belum siap sepenuhnya dan dijangka akan siap sepenuhnya bulan November 2015 ini. Apapun pengalaman bercuti di sini walaupun tidak jauh dari Kuala Lumpur pastinya memjadi pengalaman menarik buat sesiapa sahaja.
Web: tadomhillresorts.com
Facebook: facebook.com/tadomhill
10. Homestay – Bungalow in A Village
Homestay ni terletak di kawasan kampung, memang best dan cuma ambil masa dalam 10-15 minit je nak ke bandar Melaka. Jom!
Alamat:Jalan Semabok Dalam Melaka
Contact:
Shakirah Azmi – 012-3080929
Zafirah Ab Muin – 012-3281022
Facebook: Homestay – Bungalow in A Village