7 Taman Rekreasi Di Johor Bahru
Johor Bahru mempunyai banyak taman. Hampir semua taman perumahan terdapatnya taman rekreasi dengan taman permainan untuk kanak-kanak. Kami telah senaraikan 7 taman rekreasi yang paling kami suka.
1. Taman Rekreasi Adda Height
Taman Rekreasi Adda Height terletak di Taman Perumahan Adda Height yang berdekatan dengan Taman Daya. Apa yang membezakan taman ini dengan taman rekreasi lain ialah tasiknya kerana terdapatnya angsa dalam. Pelawat boleh berjalan di sekitar taman atau pam otot anda seperti lelaki dalam gambar.
2. Taman Rekreasi Bukit Indah @Roundabout
Taman rekreasi ini agak popular sama penduduk Taman Perling dan Taman Bukit Indah. Taman rekreasi ini terletak disebuah roundabout dan pengunjung tidak perlu bimbang kerana tiada "parking" sebab terdapatnya banyak tempat letak kereta di sekitar taman rekreasi. Gelanggang bola keranjang disediakan untuk mereka yang ingin main.
3. Taman Merdeka
Taman Merdeka terletak berhampiran dengan SMK Sultan Ismail. Taman ini agak popular dengan pelari pada masa pagi. Terdapatnya satu kedai teh yang menghidangkan skon dan teh Inggeris.
4. Setia Indah Park
Walaupun saiznya kecil berbanding dengan yang lain, tetapi taman rekreasi ini agak sesuai untuk para pelari kerana tersedia laluan untuk pelari. Pelawat boleh membawa bakul berkelah dan menikmati suasana nyaman di taman ini. Para pengunjung diharap menjaga kebersihan di taman.
5. Mutiara Rini Recreation Park
Juga dikenali sebagai Hutan Bandar Mutiara Rini, tempat ini amat disukai oleh penduduk Mutiara Rini. Pengunjung boleh bawa layang-layang dan bermain di padang yang luas ini tanpa membimbang layang-layang akan tersangkut pada pokok.
6. Bukit Layang-Layang
Bukit Layang-Layang merupakan tempat rasmi untuk International KIte Festival. Pengunjung boleh berkelah di padang yang luas dan bermain layang-layang di sini. Pengunjung juga boleh melawat Muzium Layang-layang yang mempamerkan pelbagai layang-layang termasuknya wau.
7. Hutan Bandar Johor Bahru
Hutan Bandar merupakan taman yang seluas 20.23 hektar dan dipenuh dengan pelbagai flora dan fauna. Tanggalkan kasut anda dan mencubakan lantai refleksologi kaki di taman. Terdapat juga "monkey bars" yang agak sesuai untuk kanak-kanak yang aktif.
Gambar: Instagram